Thursday, November 24, 2011

Perancangan Rapi Sebelum Beli Perabot

Bagi pasangan yang batu berpindah ke rumah baru, inilah masa terbaik untuk menghias rumah mengikut citarasa anda. Lazimnya jika berpindah semua barang terutama perabot akan dibawa bersama, Jika merancang membeli perabot baru, pastikan membuat pilihan tebaik dan buatlah perancagan rapi.
Tanyalah soalan berikut kepada diri anda sendiri
  • Apakah perabot yang hendak diganti dan apakah yang hendak dikekalkan?
  • Adakah anda benar-benar memerlukan perabot baru atau anda boleh membaiki perabot lama dengan menukar beberapa bahagian rosak san mengecatnya semula
  • Paling penting, masihkah ada ruang untuk perabot baru? Disini diberikan beberapa panduan yang dapat membantu membeli perabot idaman.
  • Kunjungi beberapa kedai untuk membuat perbandingan harga dan reka bentuk.
  • Pastikan kesesuaian perabot terutama dari segi ukuran, reka bentuk  dengan tema hiasan rumah anda.
  • Cuba dulu sebelum beli terutama sofa atau kerusi. Duduk di atasnya bersandar, menggoyang dan ketuk bahagian tertentu untuk menguji keselesaan.
  • Jika dapat, terbalikkan perabot itu dan periksa jika terdapat sebarang kerosakan pada semua bahagian belakang terutama pada sambungan, jenis bahan yagn digunakan dan ketahanannya,Jangan cepat berpuas hati dengan melihat bahagiaan depan sahaja.
  • Dapatkan maklumat daripada jurujual mengenai perabot yang hendak dibeli.
  • Periksa dengan teliti. Jika membeli rak, kabinet atau almari, pastikan sambungan pada pintu, laci dan para.
  • Periksa juga tombol atau pemegang pintu almari dan laci. Tentukan ia tidak mudah tertanggal.
  • Bagi perbot kayu, pastikan bahan yang digunakan sama ada kayu jati, meranti, merbau, getah dan semangkuk kerana setiap jenis kayu perlu disesuaikan kegunaan dan penjagaannya,
  • Perabot yang lain juga perlukan penelitian ketika membeli. Jika membeli perabot logam, pastikan keadaannya baik dan sempurna terutama pada bahagian berskru.
  • Periksa jika ada karat, retak, calar, kesan cat tertanggal atau hilang skru.
  • Perabot aluminium lebih mahal dari keluli. Ia ringan, tahan karat dan mudah dijaga, tetapi mudah tergores.
  • Perabot keluli tidak mudah terbakar dan tahan karat. Tetapi ia jarang dijadikan perabot
  • Besi tahan karat dan tembaga biasanya dijadikan kaki perabot, alas duduk, alas tangan dan bingkai. Ia tidak memerlukan penjagaan rapi.
  • Untuk membeli sofa, periksa dulu rangka dan kaki sofa disambung dengan baik. Pilih fabrik yang baik dan pastikan ia dijahit rapi.
  • Kerusi kulit (sama ada kulit lembu atau kerbau jantan) biasanya akan bertambah lembut dan bersinar apabila lama digunakan. Bagaimanapun ia mudah bertukar warna jika terdedah kepada panahan matahari, berbau dan cepat berlumut jika tidak digunakan. Untuk membersihkannya, gunakan pencuci kulit khas yang lembut dan sesuai.
  • Kerusi PVC harganya lebih murah, berkilat, kurang berbau, tidak mudah kotor, senang dibersihkan tetapi mudah terkoyak dan terbakar.
  • Perabot plastik ringan, mudah dialihkan dan dijaga. Ia juga mudah calar dan tampak murah, Buat beberapa ujian untuk menguji ketahanan.
Berita harian/ratu/21nov2011

Tuesday, November 22, 2011

8 rahsia petua melayu lama

(KHAS UNTUK WANITA)

Dalam masyarakat melayu tradisi terdapat banyak petua-petua untuk perawan(anak dara) yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, manawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan oleh wanita yang  telah berkahwin dan telah mempunyai anak, Petua-petua berikut adalah koleksi dari pelbagai pengalaman dan tulisan.
  1. Bangkit Bersambut - Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkat badan dengan tangan, Apabila mahu bangkit dari tidur lunjurkan kaki dan bangun tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecahkan ibu jari kaki dengan kedua tangan.
  2. Wajah Suci - Apabila bangun pagi jika membasuh muka dan elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada air muka. Jika ambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini mengekalkan kecantikan miuka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.
  3. Menyegarkan Payudara - Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan dan segar, Tidak mudah jatuh.
  4. Taman semerbak Mewangi - Amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi.Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.
  5. Lubang jarum - Latih otot penahan kencing seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. jika boleh jadikan ia amalan setiap hati.
  6. Suara perindu -Elakkan dari banyak memakan makanan yang peda-pedas atau yang agak panas, Selali minum air asam jasa, Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya, Dikatakan bahawa suara perawan adalah  bagai bunyi seruling yang merdu.
  7. Mengurut pangkal bunting padi - Biasakan mengurut si pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu kerana ini baik untuk mempertingkatn prestasi kepekaan rasa apabila berjima setelah berkahwin nanti.
  8. Payudara montok - Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap di lantai akan mengendurkan payudara anda.
tips dari berita harian/16 nov 2011

    Saturday, November 19, 2011

    Udang goreng madu

    Bahan-bahan
    • Minyak untuk menggoreng
    • 400g  udang besar
    • sedikit sderbuk garam
    • sedikit garam
    • 1 sudu makan tepung gandum
    • 1 labu bawang besar
    • 1 biji cili merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 3 sudu makan madu (bancuh dengan 2 sudu makan air)
    • 2-3 biji cili api (diketuk)
    • 1 sudu makan sos cili
    • 1 sudu makan jus lemon/ limau kasturi/ limau nipis
    • sedikit daun ketumbar (dihiris)
    • 1/2 sudu makan kicap pekat
    Cara-caranya:
    1. Gaul udang bersama serbuk kunyit, garam dan tepung jagung. Perap selama 10minit. Kemudian goreng hingga garing. Ketepikan.
    2. Kisar baeang besar bersama cili merah dan bawang putih.
    3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahanyang dikisar hingga garing
    4. Masukkan madu, kicap dan sos cili kemudian kacau sedikit.
    5. Masukkan cili api dan daunketumbar. Selepas kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar. Gaul hingga mesra.
    6. Angkat dan hidangkan.

    Info udang:

    Cara mengopek dan memasak udang
    • Pegang belakang badan udang, keluarkan lapisan kulit pada bahagian kepala.
    • Buang setiap bahagian bawah misai dan insang udang serta matanya.
    • Pegang hujung ekor udang dan picit, kemudian kupas bahagian kulit dari bawah ke atas
    • Buang bahagian ekor.
    Fakta:
    • Udang tidak perlu dimasak terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan isinya hancur dan hilang rasa udang sebenar.
    • Cukup sekadar  melecur udang ke dalam air panas.
    • Perahkan limau atau lemon pada udang untuk dimakan begitu saja,
    ~info dari Berita Harian/Ratu/10Nov2011

    Konflik dan halangan untuk berubah

    Ramai antara kita yang inginkan perubahan diri ke arah kebaikan... syabas dan tahniah diucapkan sekiranya hati anda pernah terdetik untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan.
    Namun untuk melakukan sesuatu perubahan ke arah kebaikan ini bukanlah perkara mudah kerana anda perlu kuat untuk berhadapan dengan konflik diri dan juga halangannya.
    Bagaimanapun, sudah ramai yang dapat membuktikan bahawa perubahan ke arah kebaikan boleh berlaku dengan kekuatan diri sendiri.
    KONFLIK (selalunya perkara yang berlaku dalam diri seseorang)
    1. Di dalam hati mahukan perubahan tetapi ada juga jiwa yang mahukan keseronokan.
    • Boleh dikatakan semua perkara yang boleh mendatangkan kesan tidak baik kepada diri kita adalah suatu perkara yang mendatangkan keseronokan, Sebaliknya, perkara yang mendatangkan kebaikan pula memerlukan kesabaran dan pengorbanan, Jadi, kuatkan semangat untuk hadapi semuanya.
    2. Di dalam hati mahu melakukan perkara yang baik tetapi perasaan merasakan susah dan sukar untuk berubah.
    • Cara hidup kita menjadi kebiasaan menyebabkan kita selesa melakukannya berbanding cara hidup baru yang mana kita memerlukan pembabitan banyak perubahan cara yang kita tak pernah lakukan sebelum ini, Ketahuilah, perubahan memerlukan keazaman yang jitu.
    3. Di dalam diri mahukan perubahan tapi wujud pula perasaan takut kehilangan kawan-kawan lama.
    • Kehidupan seharian kita banyak diisi bersama kawan-kawan berbanding dengan ahli keluarga. Kawan yang baik akan sentiasa menyokong kawannya untuk melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan pada diri sendiri. Maka, di sinilah kita dapat menilai yang mana kawan kita yang boleh dijadikan sahabat.
    4. Ingin melakukan perubahan tapi tak sanggup mendengar apa-apa komen daripada orang di sekeliling.
    • Manusia sememangya suka berbicara mengenai orang lain, Untuk memuji bukan tiada tetapi sangat kurang bilangannya berbanding dengan kata-kata yang menceritakan perkara yang menyakitkan hati orang lain, Permikiran kita perlu difokuskan kepada apa yang kita akan dapat hasil daripada perubahan ke arah kebaikan itu untuk diri sendiri.
    5. Ingin melakukan perubahan tetapi takut diketawakan oleh orang sekeliling.
    • Seseorang manusia tidak dapat berasakan yang berlaku di dalam diri seseorang ataupun apakah yang ada di dalam permikiran seseorang tanpa komunikasi. Jadikan kata-kata penguat di dalam diri. BIAR APA ORANG NAK KATA.
    Semoga kekuatan jiwa yang ada mampu melakukan perubahan kearah kebaikan bagi kejayaan diri anda.

    ~petikan artikel tips belajar cemerlang bersama cikgu Amiza (berita harian 15november 2011)