Namun untuk melakukan sesuatu perubahan ke arah kebaikan ini bukanlah perkara mudah kerana anda perlu kuat untuk berhadapan dengan konflik diri dan juga halangannya.
Bagaimanapun, sudah ramai yang dapat membuktikan bahawa perubahan ke arah kebaikan boleh berlaku dengan kekuatan diri sendiri.
KONFLIK (selalunya perkara yang berlaku dalam diri seseorang)
1. Di dalam hati mahukan perubahan tetapi ada juga jiwa yang mahukan keseronokan.- Boleh dikatakan semua perkara yang boleh mendatangkan kesan tidak baik kepada diri kita adalah suatu perkara yang mendatangkan keseronokan, Sebaliknya, perkara yang mendatangkan kebaikan pula memerlukan kesabaran dan pengorbanan, Jadi, kuatkan semangat untuk hadapi semuanya.
- Cara hidup kita menjadi kebiasaan menyebabkan kita selesa melakukannya berbanding cara hidup baru yang mana kita memerlukan pembabitan banyak perubahan cara yang kita tak pernah lakukan sebelum ini, Ketahuilah, perubahan memerlukan keazaman yang jitu.
- Kehidupan seharian kita banyak diisi bersama kawan-kawan berbanding dengan ahli keluarga. Kawan yang baik akan sentiasa menyokong kawannya untuk melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan pada diri sendiri. Maka, di sinilah kita dapat menilai yang mana kawan kita yang boleh dijadikan sahabat.
- Manusia sememangya suka berbicara mengenai orang lain, Untuk memuji bukan tiada tetapi sangat kurang bilangannya berbanding dengan kata-kata yang menceritakan perkara yang menyakitkan hati orang lain, Permikiran kita perlu difokuskan kepada apa yang kita akan dapat hasil daripada perubahan ke arah kebaikan itu untuk diri sendiri.
- Seseorang manusia tidak dapat berasakan yang berlaku di dalam diri seseorang ataupun apakah yang ada di dalam permikiran seseorang tanpa komunikasi. Jadikan kata-kata penguat di dalam diri. BIAR APA ORANG NAK KATA.
~petikan artikel tips belajar cemerlang bersama cikgu Amiza (berita harian 15november 2011)
No comments:
Post a Comment