Tanyalah soalan berikut kepada diri anda sendiri
- Apakah perabot yang hendak diganti dan apakah yang hendak dikekalkan?
- Adakah anda benar-benar memerlukan perabot baru atau anda boleh membaiki perabot lama dengan menukar beberapa bahagian rosak san mengecatnya semula
- Paling penting, masihkah ada ruang untuk perabot baru? Disini diberikan beberapa panduan yang dapat membantu membeli perabot idaman.
- Kunjungi beberapa kedai untuk membuat perbandingan harga dan reka bentuk.
- Pastikan kesesuaian perabot terutama dari segi ukuran, reka bentuk dengan tema hiasan rumah anda.
- Cuba dulu sebelum beli terutama sofa atau kerusi. Duduk di atasnya bersandar, menggoyang dan ketuk bahagian tertentu untuk menguji keselesaan.
- Jika dapat, terbalikkan perabot itu dan periksa jika terdapat sebarang kerosakan pada semua bahagian belakang terutama pada sambungan, jenis bahan yagn digunakan dan ketahanannya,Jangan cepat berpuas hati dengan melihat bahagiaan depan sahaja.
- Dapatkan maklumat daripada jurujual mengenai perabot yang hendak dibeli.
- Periksa dengan teliti. Jika membeli rak, kabinet atau almari, pastikan sambungan pada pintu, laci dan para.
- Periksa juga tombol atau pemegang pintu almari dan laci. Tentukan ia tidak mudah tertanggal.
- Bagi perbot kayu, pastikan bahan yang digunakan sama ada kayu jati, meranti, merbau, getah dan semangkuk kerana setiap jenis kayu perlu disesuaikan kegunaan dan penjagaannya,
- Perabot yang lain juga perlukan penelitian ketika membeli. Jika membeli perabot logam, pastikan keadaannya baik dan sempurna terutama pada bahagian berskru.
- Periksa jika ada karat, retak, calar, kesan cat tertanggal atau hilang skru.
- Perabot aluminium lebih mahal dari keluli. Ia ringan, tahan karat dan mudah dijaga, tetapi mudah tergores.
- Perabot keluli tidak mudah terbakar dan tahan karat. Tetapi ia jarang dijadikan perabot
- Besi tahan karat dan tembaga biasanya dijadikan kaki perabot, alas duduk, alas tangan dan bingkai. Ia tidak memerlukan penjagaan rapi.
- Untuk membeli sofa, periksa dulu rangka dan kaki sofa disambung dengan baik. Pilih fabrik yang baik dan pastikan ia dijahit rapi.
- Kerusi kulit (sama ada kulit lembu atau kerbau jantan) biasanya akan bertambah lembut dan bersinar apabila lama digunakan. Bagaimanapun ia mudah bertukar warna jika terdedah kepada panahan matahari, berbau dan cepat berlumut jika tidak digunakan. Untuk membersihkannya, gunakan pencuci kulit khas yang lembut dan sesuai.
- Kerusi PVC harganya lebih murah, berkilat, kurang berbau, tidak mudah kotor, senang dibersihkan tetapi mudah terkoyak dan terbakar.
- Perabot plastik ringan, mudah dialihkan dan dijaga. Ia juga mudah calar dan tampak murah, Buat beberapa ujian untuk menguji ketahanan.
No comments:
Post a Comment